Perubatan Cina Wu_Xing

Mengikut teori perubatan Cina, setiap organ badan dikaitkan dengan salah satu daripada Lima Fasa. Adalah dipercayai bahawa adalah lebih mujarab untuk merawat sesuatu organ ketika tempoh waktu tertentu yanf sesuai untuk organ berkenaan. Susunan petikan Lima Fasa, seperti dalam Bo Hu Tong dan catatan Dinasti Han lain, ialah Logam, Kayu, Air, Api, dan Bumi. Menurut teori, rawatan organ badan paling berkesan dalam tempoh empat jam berikut sepanjang hari, bermula dari tempoh 3 – 7 pagi: Organ Logam (see the list below), organ Tanah, organ Api1, organ Air, organ Api2 (the "non-empirical" Pericardium and Triple Burner organs), dan organ Kayu; iaitu susunan petikan secara terbalik (tambahan peambahan Api dan organ bukan empirikal untuk mengisi tempoh empat jam keenam dalam sehari). Kedua-dua susunan ini juga berkaitan dengan susunan planet dari Matahari (Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari, Zuhal; atau Air, Logam, Api, Kayu, dan Tanah). [2]

UnsurKayuApiTanahLogamAir
PlanetMusytariMarikhZuhalZuhrahUtarid
Sifat MentalKepekaanKreativitiKejelasanGerak hatiKespontanan
Emosi negatifKemarahanPengujaan berlebihanKebimbanganKesedihanKetakutan
Emosi positifKesabaranKerianganSayangKeberanianKetenangan
Zang (organ yin)HatiJantung/perikardiumLimpa/pankreasParu-paruGinjal
Fu (organ yang)Pundi hempeduUsus kecil/San JiaoPerutUsus besarPundi kencing
Organ deriaMataLidahMulutHidungTelinga
Anggota badanTendonDenyutOtotKulitTulang
BendalirAir mataPeluhLudahHingusKencing
JariTelunjukHantuIbu jariManisKelingking
DeriaPenglihatanPertuturanRasaBauPendengaran
RasaMasamPahitManisSengitMasin
BauTengikHangusWangiReputBusuk
HayatLahirMudaDewasaTuaAjal

Rujukan

WikiPedia: Wu_Xing http://www.acupuncture.com.au/education/theory/the... http://www.AmeriChi.com http://www.char4u.com/chinese-zodiac-sign.php http://www.meditation-mantra.com/tcm-acupuncture-m... http://www.northernshaolinacademy.com/new/NsaQigon... http://www.northernshaolinacademy.com/new/docs/Fiv... http://www.nuconcept.com/Five-Elements-sp-17.html http://www.wfu.edu/~moran/z_GIF_images/5_xing_cita... http://homeopathy.healthspace.eu/qi/chinese.php http://iching.com.my/five-elements-en.htm